Oleh : Nur Arrish
Rang undang-undang perkahwinan sesama jenis diluluskan di Thailand.
Dalam satu Warta Diraja, ia menyebut Raja Thailand telah menandatangani rang undang-undang kesaksamaan perkahwinan.
Ia menjadikan Thailand negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf penyatuan sesama jantina.
Pasangan gay dan lesbian boleh mula mendaftarkan perkahwinan mereka pada 22 Januari depan.
Aktivis LGBTQ+ memuji langkah itu sebagai satu yang bersejarah setelah lama memperjuangkan kesaksamaan perkahwinan.
Thailand juga telah lama dilihat sebagai syurga relatif bagi komuniti LGBTQ+ di rantau Asia Tenggara. Sumber : BBC
#LGBTQ #kahwinsesamajenis #lesbian #gay #Thailand
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.