Guru GISBH 23 tahun dihukum penjara 10 tahun pukul, cederakan kanak-kanak

Oleh: Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, Khamis –  Mahkamah Sesyen Klang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang lelaki yang ahli Global Ikhwan Services Holding Bhd (GISBH) kerana memukul dan mencederakan kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun. 

 

Dia yang dikenali Barulrahim Hisham berumur 23 tahun telah dituduh dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dihadapan Hakim Noridah Adam. 

 

Tertuduh yang merupakan seorang guru di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan kendalian GISBH  turut mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak berkenaan. 

 

Dalam tiga daripada empat pertuduhan berkenaan, Barulrahim  mengaku bersalah melakukan kecederaan fizikal dengan merotan tiga anak-anak jagaannya. 

 

 

Manakala bagi pertuduhan keempat pula, dia mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan dengan menekan dada seorang budak dengan lututnya. 

 

Kesalahan tersebut berlaku di sebuah sekolah agama kelolaan GISBH yang terletak di Bukit Raja, Klang, Selangor dan sebuah rumah amal. 

 

Sumber: Malaysiakini & Sinar Harian 

 

#GISBH #Mahkamah #Dera #Ikhwan 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Enggan bermusuh, Sultan Selangor perkenan ampunkan Sanusi

Next Post

Orang Cina akan ikut jejak kaum India tinggalkan PH-BN, kata Ramasamy

Related Posts