Dirawat Di Hospital, Alami Kecederaan Tisu Lembut

(Mangsa buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah / bestfbkl)
(Mangsa buli oleh pelajar  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah / sumber : bestfbkl)

ISNIN, 13 DISEMBER – Mangsa buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid-al-athrash Wahid, mangsa berusia 13 tahun itu menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Selangor.

Datuk Mior Faridalathrash Wahid sebagai Ketua Polis Perak berkata :

“Keadaannya stabil, namun masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor,”

“Keterangan mangsa telah diambil untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan kes ini,”

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa ada mengalami kecederaan tisu lembut dalam badan, katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Selangor.

Mior Faridalathrash dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, seramai 10 pelajar lelaki telah dipanggil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Daripada 10 yang dipanggil itu, sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala seorang berusia 15 tahun, kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PDRM Lanjutkan Tempoh Diskaun Sehingga 31 Disember

Next Post

31 Lagi Kematian Baharu Akibat COVID-19

Related Posts