Oleh Haffiz Aziz, wartawan TV Pertiwi.
KHAMIS, 13 JANUARI – Ada yang patuh, ada yang tidak. Itu situasinya ketika TV Pertiwi melakukan tinjauan di sekitar Ibu Kota pagi tadi..
Menurut pengunjung, daripada aspek pemakaian pelitup muka, rata rata pengunjung masih lagi mematuhimya, namun dari segi penjarakkam fizikal, adakalanya ia tidak dipatuhi.
Ikuti tinjauan yang dibuat saya pagi tadi di sekitar jalan TAR Kuala Lumpur.
Tinjauan yang saya buat di sekitar ibu kota pagi tadi, menampakkan sesetengah pengunjung masih lagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Namun ada diantara mereka masih lagi ingkar dengan arahan yang telah ditetapkan.
Ada yang memakai pelitup muka di bawah paras hidung, dan ada berdiri tanpa penjarakkan fizikal.
Sesetengah dari mereka sukar untuk mematuhi peratauran ketika berada di luar luar premis kerana jika mereka ingin masuk ke kedai kedai, pihak kedai akan memastikan mereka mematuhi SOP yang telah ditetapkan.