‘Tikus makmal’ tidak tepat untuk UPSR, kembalikan versi 1988 – Pakar

Oleh : Nur Arrish

 

Mengembalikan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan suatu langkah yang bersifat di peringkat eksperimen lagi.

 

Pakar pendidikan,  Dr Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ini kerana peperiksaan UPSR telah dilaksanakan selama 35 tahun sejak 1988.

 

Ujar beliau, penggunaan istilah ‘tikus makmal’ itu juga tidak tepat untuk peperiksaan UPSR yang mana istilah itu biasanya digunakan kepada sesuatu yang bersifat masih di dalam eksperimen.

 

Malah jelas beliau, istilah berkenaan digunakan pada perkara yang belum pasti dan masih dalam percubaan.

 

“Kita tidak bereksperimen lagi dengan UPSR. Cuma sepanjang 35 tahun itu telah berlaku ‘kesesatan’ UPSR yang disebabkan oleh para  ‘penunggang UPSR’ yang mula menjadikan UPSR satu peperiksaan.  Itu bukanlah masalah UPSR. Itu masalah daripada penunggang UPSR. Jadi penggunaan istilah ‘tikus makmal’ tidak tepat untuk UPSR.”

 

Katanya dalam Facebook beliau pada Selasa, melaksanakan semula UPSR sebagai satu beban juga sudah tidak sesuai dengan zaman adalah satu ‘fitnah’ yang besar.

 

Malah katanya, kewujudan UPSR juga telah diselarikan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang dirumuskan pada tahun 1987.

 

Keputusan UPSR 2011

 

Sementara itu, Dr Anuar turut berpendapat istilah ‘tikus makmal’ paling sesuai digunakan untuk Pentaksiran Bilik Darjah, PBD. 

 

Ini kerana jelasnya, sejak PBD dimulakan pada tahun 2017, eksperimen mengenainya  belum selesai sehingga ke hari ini.

 

“Keluhan ibu bapa dan guru-guru bertali arus sepanjang masa terhadap PBD. Kemuncaknya, gesaan supaya UPSR dan PT3 dikembalikan kerana sebahagian besar ibu bapa dan guru-guru yakin bahawa PBD telah gagal selepas tujuh tahun bereksperimen.

 

“Sejak eksperimen dimulakan pada 2017 (malah lebih awal Pentaksiran Sekolah pada 2011), PBD sentiasa diubah suai, ditukarkan sistem gred, tambah baik sistem rekod, guru yang tiba-tiba diberikan autonomi, dimesrakan PBD untuk ibubapa dan berbagai lagi eksperimen PBD.”

 

Ujarnya lagi, bagi merasionalkan eksperimen PBD, beberapa istilah seperti ‘penambahbaikan berterusan’, ‘penjajaran’, ‘intervensi’ dan ‘penyelarasan’ digunakan yang sebenarnya membawa maksud bahawa PBD masih di dalam prosedur eksperimen, masih belum stabil dan belum mantap. 

 

“Jadi sepanjang tujuh tahun yang lalu sejak dimulakan pada tahun 2017 sehinggalah hari ini, PBD masih di dalam proses eksperimen. Eksperimen terkini ialah pada bulan Mac yang lalu,  PBD mesra ibu bapa yang di dalam dokumen intervensi kurikulum. 

 

“Siapa sebenarnya yang menjadi ‘tikus makmal’ untuk eksperimen PBD? Tentulah murid.”

 

Justeru itu katanya, simpulan bahasa yang sesuai menggambarkan keadaan sebenar tentang isu UPSR dan PBD bukanlah ‘seperti tikus makmal’, tetapi yang lebih tepat ialah ‘seperti tikus membaiki labu’. – Sumber : FB Dr Anuar Ahmad 

 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi #pendidikan  #UPSR #PT3 #PBD #guru #murid

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ketua Pengarah J-KOM ditamatkan perkhidmatan

Next Post

Undi Awal PRK Mahkota: Lebih 93.17 % keluar mengundi hingga jam 3 petang

Related Posts