Ketua Pengarah J-KOM ditamatkan perkhidmatan

Khidmat Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) ditamatkan

BANGI, Selasa – Mohd Khairuddin Othman kini bukan lagi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) walaupun hanya enam bulan memegang jawatan itu.

 

Menurut laporan portal FMT, Setiausaha PKR Selangor itu mengesahkan perkara terbabit namun tidak menjelaskan alasan disebalik keputusan itu.

 

Sebaliknya, beliau meminta pihak media mendapatkan pengesahaan daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung perkara tersebut.

 

“Elok kalau tanya terus dan rujuk pada menteri (komunikasi),” katanya seperti dipetik laporan FMT.

 

Khairuddin sebelum ini dilantik sebagai ketua pengarah J-Kom pada 1 Mac lalu menggantikan Mohammad Agus Yusoff yang meletakkan jawatan pada November tahun lepas. 

 

TV Pertiwi cuba mendapatkan penjelasan daripada Fahmi, namun masih belum mendapatkan maklum balas daripada beliau.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPM ambil alih pendidikan lebih 300 anak-anak GISBH yang tercicir

Next Post

‘Tikus makmal’ tidak tepat untuk UPSR, kembalikan versi 1988 – Pakar

Related Posts