JUMAAT, 26 NOVEMBER – Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu.
Beliau mencadangkan semua rakyat yang lahir selepas merdeka boleh menikmati status Bumiputera, dan tidak perlu membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.
Kor Ming yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen, susulan perbahasan peruntukan untuk Kementerian Perpaduan Negara tahun depan.
Beliau berkata demi mempromosikan ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak dapat menghapuskan dasar diskriminasi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, sekurang-kurangnya semua orang yang lahir selepas negara merdeka harus menikmati status dan layanan Bumiputera.
Selain itu, bagi menggalakkan perpaduan negara dan keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Intan itu turut mendesak kerajaan meminda Akta Pertubuhan 1966 bagi melarang sesiapa menggunakan agama untuk mendapatkan modal politik.