Pendaftaran syarikat GISBH boleh dibatalkan jika langgar peraturan SSM

Oleh: Tyah Helmi 

 

BANGI, Selasa –  Pendaftaran perniagaan syarikat yang berkaitan dengan kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) boleh dibatalkan sekiranya mereka disabitkan kesalahan melakukan kegiatan yang melanggar kepentingan awam dan peraturan semasa. 

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pihaknya menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan yang sedang dibuat terhadap GISBH. 

 

Ujar Armizan, siasatan berhubung GISBH di peringkat kementeriannya adalah berkait dengan akta di bawah kawal selia SSM iaitu Akta SSM.

 

“Kita bekerjasama rapat dengan PDRM untuk melengkapkan siasatan, membantu PDRM apa-apa perkara yang terkait dengan akta di bawah bidang kuasa SSM,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Perasmian Menara SSM Perak di Ipoh, hari ini. 

 

 

Pihaknya kini sedang menyemak semula pendaftaran syarikat induk dan anak-anak syarikat termasuklah pematuhan mereka terhadap penghantaran laporan tahunan, kewangan dan sebagainya. 

 

Beliau turut memberitahu, KPDN turut sedang bekerjasama dengan SKMM berkenaan promosi produk-produk syarikat GISBH. 

 

Katanya, KPDN mempunyai kuasa menurunkan sebarang kandungan atau isu berhubung hak cipta dan kepenggunaan sekiranya ada keperluan berbuat demikian.

 

Serta SKMM menerusi Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh meminta agar kandungan diturunkan. 

 

Sumber: Sinar Harian 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Tak perlu guna SOSMA siasat GISBH’ – Maria Chin

Next Post

Biasa cemar imej UMNO, Nur Jazlan yakin DAP bantu kempen Mahkota

Related Posts