‘Tak perlu guna SOSMA siasat GISBH’ – Maria Chin

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah menggesa pihak polis supaya tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dalam siasatan melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

 

Menurutnya, di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC), polis sudah mempunyai peruntukkan undang-undang yang cukup untuk melanjutkan tempoh siasatan tanpa prosedur SOSMA.

 

Justeru, beliau meluahkan rasa hairan apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa pihak polis berkemungkinan akan menggunakan undang-undang itu untuk meneruskan siasatan.

 

“Bukti-bukti itu ada seperti yang didakwa pihak polis sejak seminggu lalu dan mereka telah menunjukkan secara terbuka opa yang ditemui.

 

“Kes GISBH adalah kes berkepentingan awam bagi semua orang dan semua siasatan mesti melalui perbicaraan terbuka supaya orang ramai tahu perkara sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut beliau, SOSMA yang dianggap sebagai undang-undang drakonian tidak menjamin keadilan bagi tertuduh, dan tidak wajar digunakan atau dipertimbangkan, malah perlu dimansuhkan.

 

Tambahnya, polis dan Kementerian berkaitan sewajarnya menumpukan perhatian dan membawa pesalah untuk dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan hukuman sekiranya didapati bersalah.

 

Selain itu, katanya, pihak berkuasa juga perlu menutup serta-merta semua rumah yang tidak berdaftar dan dikendalikan oleh organisasi tersebut serta memberi sokongan emosi dan psikologi kepada kanak-kanak yang diselamatkan.

 

“Saya juga ingin menegaskan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak perlu menunggu sehingga siasatan selesai tanpa harus segera mengarahkan penutupan semua perkhidmatan haram yang dikendalikan oleh GISBH.

 

“Jalankan audit seluruh negara ke atas semua rumah, sama ada untuk kanak-kanak, orang tua atau orang kurang upaya, untuk menyemak status undang-undang mereka,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Maria Chin berkata, ini termasuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) secara mendalam tentang cara Jabatan Kebajikan Masyarakat memantau rumah penjagaan yang diberikan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Tak elok, Teresa tak sepentas dengan Ketua Pemuda UMNO”- Fadli Shaari

Next Post

Pendaftaran syarikat GISBH boleh dibatalkan jika langgar peraturan SSM

Related Posts