SELASA, 23 NOVEMBER – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam waktu terdekat.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Doktor Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook, semalam.
“…insyaallah kita akan keluar jadual baharu berkaitan peperiksaan SPM dalam masa terdekat…yang telah memberi cadangan mengenai jadual SPM 2021…:”
Radzi berkata, beliau menerima banyak pandangan khususnya daripada calon SPM 2021 dan ibu bapa berkaitan jadual peperiksaan SPM 2021 yang dikatakan turut diadakan pada hari Jumaat dan Ahad.
Jelasnya, pihak kementerian mengambil kira pandangan diberikan itu dan ia sudah dibincangkan di peringkat Lembaga Peperiksaan dan pengurusan tertinggi KPM.