Oleh: Tyah Helmi
Bangi, Rabu – Hezbollah mendakwa Isr4el merupakan dalang utama berlakunya letupan terkoordinasi peranti telekomunikasi mudah alih milik anggota H4zbollah di seluruh Lubnan pada Selasa lalu.
Ujar H4zbollah, siri letupan berkenan telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan rakyat Lubnan manakala 2,750 yang lain mengalami kecederaan serta 200 lagi berada dalam keadaan yang kritikal.
Lapor New York Times, Isr4el meletakkan bahan letupan ke dalam alat kelui buatan Taiwan yang diimport ke Lubnan sebelum sampainya ke anggota pejuang H4zbollah.

Difahamkan, bahan letupan berkenaan dimasukkan ke dalam bateri di setiap alat kelui dan suis lantas dibenamkan untuk meletupkannya dari jauh.
Peranti berkenaan kemudiannya, meletup secara serentak setelah menerima mesej pada petang Selasa.
Pada masa yang sama, Isr4el dikatakan enggan mengulas mengenai letupan berkenaan.
H4zbollah menyalahkan Isr4el susulan ia berlaku kurang daripada 24 jam selepas mesyuarat kabinet haramnya memutuskan untuk memperluaskan matlamat perang terkutuk mereka ke atas G4z4.
Sumber: Al Jazeera, New York Times
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#Hezbollah #Isr4el #G4z4