Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan

Oleh: Tyah Helmi

 

Kontrak pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping ditamatkan serta merta selepas gagal menjawab notis remedi yang dikeluarkan Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

 

Menurut Asyraf, MARA juga akan membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut saman dan tuntutan ganti rugi terhadap kontraktor berkenaan kerana melanggar syarat dalam penyediaan makanan bersih dan berkualiti kepada pelajar.

 

“Kita akan saman dan buat tuntutan ganti rugi terhadap kontraktor itu atas pelbagai kesalahan, termasuk melanggar kontrak, tidak menjaga kebersihan hingga membawa kepada berlaku kes keracunan makanan pelajar MRSM Taiping,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau semalam.

 

Dalam pada itu, Asyraf mengarahkan seluruh pihak pengurusan MRSM termasuk Pengetua, Warden, Penyelia Asrama untuk melipat gandakan pemantauan terhadap kualiti penyediaan makanan.

 

“Ia supaya pihak bertanggungjawab dapat memenuhi spesifikasi menu makanan yang ditetapkan, kebersihan dapur, dewan selera, perkhidmatan kontraktor serta melaporkan terus kepada ibu pejabat MARA sekiranya berlaku sebarang bentuk penyimpangan,” katanya.

 

Tambah beliau, MARA sudah memohon kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk menempatkan seorang pegawainya di MARA agar dapat membanteras sebarang ketirisan.

 

Terdahulu, dalam satu terjahan oleh Asyraf Wajdi mendapati kontaktor dewan selera MRSM Taiping mendapati tahap kebersihan dan kualiti penyediaan makanan mereka berada di tahap yang mengecewakan sehingga berlakunya insiden keracunan makanan terhadap pelajar. 

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UMNO Johor gesa jentera kerja keras, jangan yakin menang PRK Mahkota

Next Post

Bekas ADUN kecewa dua lelaki ditolak memeluk Islam

Related Posts