‘TEKAD Muhaimin untuk Ayer Kuning’ tawaran buat pengundi

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 23 SYAWAL – Calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek memperkenalkan  ‘tawarannya’ kepada pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning.

 

Menurut beliau, tawaran itu terdiri daripada lima teras utama menerusi inisiatif ‘TEKAD Muhaimin untuk rakyat Ayer Kuning’. 

 

Katanya, tawaran itu bukan sekadar janji, tetapi satu iltizam jangka panjang untuk membawa perubahan yang realistik, menyeluruh dan berpaksikan kepada kepentingan rakyat. 

 

“TEKAD ini ialah singkatan kepada lima fokus utama, iaitu Tanggungjawab kesihatan dan alam sekitar; Ekonomi rakyat dan usahawan diperkasa; Khidmat masyarakat, kebajikan dan keharmonian; Akses kemudahan dan infrastruktur dipertingkat; serta Dengar keluhan dan suara rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Muhaimin berkata, beliau memperjuangkan isu pencemaran yang menjejaskan kesihatan penduduk, termasuk tindakan tegas terhadap ladang babi haram dan sistem sisa yang tidak cekap. 

 

“Saya juga komited untuk menggalakkan teknologi hijau dan sistem zero discharge dalam aktiviti penternakan dan pertanian.

 

“Saya berhasrat membantu usahawan kecil melalui latihan asas keusahawanan, pertanian moden dan pemasaran digital termasuk penggunaan kecerdasan buatan menerusi kerjasama agensi berkaitan. 

 

“Kita juga akan perkenalkan inisiatif #BuatanAyerKuning bagi mempromosi produk tempatan melalui pendekatan kos rendah dan sokongan komuniti,” katanya. 

 

Mengulas isu kebajikan, dua pusat khidmat tetap dan satu bergerak akan ditubuhkan, selain program #AyerKuningSejahtera yang akan menggiatkan kerja-kerja sukarelawan membantu OKU, warga emas dan kes kecemasan. 

 

“Kita juga akan memperluas pendidikan Islam serta memupuk keharmonian antara kaum di Ayer Kuning.

 

“Saya akan pastikan suara rakyat mengenai liputan internet, lampu jalan, jalan rosak dan kemudahan lain dibawa terus ke agensi terlibat.

 

“Usaha juga akan digerakkan untuk membina trek belia dan membaik pulih masjid serta pasar awam dengan kerjasama agensi kerajaan,” katanya. 

 

Pengetua Maahad Tahfiz Quran (MTQ) Ad-Din Ayer Kuning Tapah itu turut berjanji menjadi suara rakyat yang lantang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan membawa isu tanah, membantah dasar yang membebankan rakyat, serta membentangkan Laporan Tahunan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning sebagai tanda komitmen kepada ketelusan dan tanggungjawab. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JAKIM pantau produk makanan Indonesia mengandungi DNA babi

Next Post

Wartawan Israel dipukul polis Israel

Related Posts