Enam Penghantar Makanan Foodpanda Dilepas Tanpa Bebas

( Enam penghantar makanan Foodpanda dibebaskan / sumber : Malakat Tribune)
( Enam penghantar makanan Foodpanda dibebaskan / sumber : Malakat Tribune)

RABU, 1 DISEMBER – Enam penghantar makanan Foodpanda yang dituduh merusuh pada Mei tahun lalu, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Menurut peguam mereka, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, perintah itu dikeluarkan kepada kesemua orang kena tuduh.

Mengikut pertuduhan, kesemua enam penghantar makanan itu didakwa melakukan rusuhan di Restoran Dong Ding, Bandar Puteri, Puchong, pada jam 6.20 petang 18 Mei lalu.

Keenam-enam penghantar makanan terbabit ialah Muhammad Hafiz Yusnan, 21, Muhamad Izzat Abd Bari, 22, Mohd Syukri Achyar, 39, Wan Hafizie Wan Hanapi, 29, Jaya Kantha Kumaran Sivarathinam, 31 dan Amirul Zahari Zailani, 25.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zainul Rijal mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook nya.

(Foto hiasan / sumber : FB Zainul Rijal Abu Bakar)

Dalam pada itu Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pasukan peguam pembela  yang bertungkus lumus berjuang dalam kes itu secara percuma.

(Ucapan terima kasih oleh Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya terhadap penghantar makanan Foodpanda / sumber : FB Aminuddin Yahaya)

Beliau juga berterima kasih kepada pihak polis, terutamanya IPD Petaling Jaya atas layanan, kerjasama dan komunikasi yang baik  sepanjang kes ini berlangsung.

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS Letakkan Calon Bukan Islam Bertanding Di PRN Sarawak

Next Post

Harga Ais Akan Dinaikkan – Pengusaha

Related Posts