Yusoff Rawther tidak mengaku salah edar dadah, dakwa dianiaya

Oleh Kamil Awang

 

Bekas pembantu penyelidik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mengedar dadah. 

 

Muhammad Yusoff Rawther yang mengenakan baju kemeja-T biru kehitaman mengangguk dan mengaku faham ketika tuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Arunjothi. 

 

Yusoff, 31, bagaimanapun memohon kepada majistret untuk meluahkan sesuatu sebelum tarikh sebutan semula kes ditetapkan. 

 

“Saya hendak sampaikan yang saya tidak bersalah dan diperangkap oleh mereka yang berkuasa,” katanya.

 

Suspek yang didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 itu tiba di pekarangan mahkamah pagi tadi dengan tangan bergari sambil dikawal ketat anggota polis. 

 

Majistret hari ini tidak membenarkan Yusoff diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 12 November ini sementara menunggu laporan kimia. 

 

Yusof dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram selepas pihak polis menjumpai bahan terlarang itu dalam keretanya minggu lalu.

 

Polis semalam mengesahkan Yusoff ditahan kerana memiliki dua pistol tiruan dan ganja di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

#TVPertiwi #YusofRawther

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UMNO tidak lagi pejuang bangsa, negara dan agama – Tun Mahathir

Next Post

Bimbang keselamatan, peguam tuntut Yusoff Rawther dibenar ikat jamin

Related Posts