KUALA LUMPUR, Selasa – Lembaga Disiplin Umno melaporkan masih belum menerima laporan rasmi berkaitan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ekoran dakwannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Lembaga Disiplin Umno adalah badan penyiasatan dalaman yang akan bertindak apabila menerima laporan rasmi atau aduan. Lembaga Disiplin tidak akan memberi komen terhadap isu-isu melibatkan kesalahan etika ahli UMNO,”
TAN SRI ZULHASNAN RAFIQUE / Pengerusi Lembaga Disiplin Umno
Memetik media tempatan, Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata tindakan sewenang-wenangnya tidak akan diambil oleh pihaknya ke atas ahli atau pemimpin parti itu tanpa sebarang laporan rasmi.
Menurutnya, sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli dan pemimpin UMNO akan dimaklumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Zulhasnan berkata demikian ekoran pendedahan yang dibuat oleh Tajuddin dalam sidang media semalam yang mendakwa beliau merupakan saksi UMNO menghantar akuan berkanun kepada Agong Untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Dalam sidang media itu, Tajuddin mendesak Ahmad Zahid untuk berundur sebagai Presiden parti secara terbuka selain mendakwa hampir 130 ketua bahagian UMNO mahu Zahid berundur.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/