Pengimbas Suhu Dikeluarkan Daripada SOP Wajib – Khairy

JUMAAT, 21 JANUARI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk tidak mewajibkan lagi penggunaan pengimbas suhu di premis.

Menterinya Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya imbasan kod MySejahtera diperlukan untuk memasuki mana-mana premis.

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata :

 “Selepas dipinda SOP nanti, tidak akan diwajibkan premis-premis untuk ada pengimbas suhu lagi. Memadai untuk check-in MySejahtera,”

Khairy berkata, bagi memansuhkan prosedur operasi standard SOP itu, perkara ini akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara MKN.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, langkah untuk tidak mewajibkan pengimbas suhu, berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiket Vtl Malaysia-Singapura Dijual Semula Hari Ini

Next Post

Melayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab – PEMBELA

Related Posts