
( Melayu perlu cintai hak dimiliki, tanah rezab/ sumber : TV Pertiwi)
ISNIN, 24 JANUARI – Mencintai Bangsa bukan satu racis, itu tegas Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya dalam satu forum khas Cinta Watan yang berlangsung siang tadi.
Katanya, majoriti umat islam di negara ini, mempunyai prinsip untuk mempertahankan hak hak keistimewaan
Haji Aminuddin Yahaya sebagai Pengerusi PEMBELA berkata :
“… ini bukan racist saudara saudari,malah satu ketika dalam keadaan tertentu mencintai bangsa. Kerana bangsa ini lah. Bangsa melayulah . bukan bangsa lain
….Yang pikiran tak betul tu berapa persen sahaja tetapi majoriti kita beriman dan bertakwa seperti dalam dwwan ini…”
Dalam program yang berlangsung hampir 3 jam ini, Naib Pengerusi Pembela Ustaz Masridzi Sat juga menekankan sifat yang perlu dididik untuk menjadi seorang bangsa Melayu yang berjaya sehingga ke titisan darah.
Ini kerana telah lebih 60 tahun malaysia merdeka, sehingga hari ini perebutan kuasa politik semakin serius dinegara ini.
Ustaz Masridzi Sat, Naib Pengerusi PEMBELA pula berkata :
“…. kita tidak boleh berundur lagi tuan tuan puan puan kerana terlalu banyak kita memberi msa kepada terlalu banyak dan terlalu bersabar melihat kerenah mereka dari hari ke hari sejak zaman 60 tahun dahulu kemudian diambil alih oleh zaman 22 bulan kerajaan 22 bulan pun tak boleh arapkemudian diambil alih oleh kerajaan yang baru pulak dan sekrang kerajaan keluarga malaysia. Keluarga malaysia, kalau menang sorak kampung tergadai …”
Gerak cinta watan siri 1 yang diadakan di Raudhah City, Cyberjaya disertai lebih 600 wakil serta aktivis masyarakat yang ketengahkan beberapa isu teras bagi mencetus kesedaran serta cinta segenap lapisan masyarakat untuk kembali bersama memperkasa Watan Malaysia.
Antara yang turut hadir Agamawan MAMPIR Maulana Iqbal Zain, Walid Ibrahim Al Malik selain Pengerusi Pembela Haji Aminuddin Yahaya dan Naib Pengerusi Pembela Ustaz Masridzi Sat.