Oleh : Nur Arrish
BANGI, Khamis – Kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan dengan Israel sehinggalah sebuah negara Palestin diwujudkan.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman berkata Riyadh memperbaharui penolakan kerajaan terhadap isu itu serta mengutuk keras jenayah I5r43l terhadap rakyat P4l35tin pada sesi pembukaan Majlis Penasihat Syura, seperti dilaporkan Reuters.
“Kerajaan Arab Saudi juga tidak akan menghentikan usahanya untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu kotanya dan kami menegaskan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tanpa Palestin,” tambah baginda.
Perjanjian normalisasi yang diuruskan oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump pada 2020 antara I5r43l dan Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu telah menamatkan konsensus Arab yang telah lama wujud bahawa tidak sepatutnya ada normalisasi tanpa negara Palestin yang merdeka dan menumpukan perhatian kepada jiran mereka yang lebih berkuasa, Arab Saudi.
Laporan Arab News dipetik sebagai berkata, Putera Mohammed mengucapkan terima kasih kepada “negara-negara yang mengiktiraf negara Palestin sebagai penjelmaan legitimasi antarabangsa,”.
Beliau juga menggesa negara lain yang belum berbuat demikian untuk “mengambil langkah yang sama.”
Riyadh juga sedang berusaha untuk meningkatkan keselamatan dan keamanan serantau dan antarabangsa dengan membuat usaha untuk mencapai penyelesaian politik kepada krisis di Yaman, Sudan, Libya dan Ukraine, kata putera mahkota.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #ArabSaudi #Palestin