“Sokong PMX, patutnya keluar awal lagi kenyataan begini”

BANGI, 21 SYAABAN – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya menyatakan sokongan terhadap pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengizinkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak terhadap rumah ibadat termasuk kuil yang dibina di tapak tidak sah.

Menurut Aminuddin, ketetapan kerajaan itu sepatutnya diumumkan lebih awal bagi mengelakkan kekeliruan serta polemik berpanjangan dalam kalangan rakyat.

“Patutnya dah keluar awal kenyataan ini supaya tidaklah menimbulkan pelbagai polemik di kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten tanpa mengira pihak terlibat atau lokasi.

“Saya yakin NGO-NGO akan memantau tindakan PBT tanpa mengira siapa dan di mana. Jika haram, maka robohkan,” tegasnya.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas keputusan kerajaan yang memberi keizinan kepada PBT di seluruh negara untuk mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang dibina di atas tapak tidak sah.

Sebelum ini, Anwar mengakui keputusan berkenaan berpotensi mengundang kontroversi, namun menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang mesti dihormati oleh semua pihak.

“Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan (pencerobohan) dan majlis perbandaran (PBT) diberi keizinan untuk ‘membersihkan’ kuil bukan hak.

“Saya tahu boleh mengundang kontroversi. Negara ini negara hukum,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS harap penyelesaian terbaik untuk BERSATU – Takiyuddin

Next Post

Kerajaan tak larang ternak babi, tapi jangan usaha di kawasan gelisahkan penduduk – PM

Related Posts