Aktivis tawar perkhidmatan roboh rumah ibadat haram atas tanah persendirian

BANGI, 29 REJAB – Aktivis tanah negara, Tamim Dahri bakal menawarkan khidmat untuk merobohkan rumah ibadat haram di atas tanah persendirian.

Bercakap dengan TV Pertiwi, Tamim memaklumkan bahawa beliau kini dalam proses mendapatkan lesen kelas memandu H yang membolehkan pengendalian jentera berat seperti jengkaut.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa pihaknya kini sedang mengumpul dana untuk membeli jengkaut perkhidmatan yang bakal ditawarkan itu.

“Sasaran dana yang sedang dikumpul ialah RM300,000. Pengumpulan dana adalah menerusi jualan barangan ‘Tanah Malaya’ dan kutipan sumbangan ikhlas daripada orang yang ingin menyokong perjuangan ini.

“Dengan lafaz Bismillah, kita mulakan dengan pembelian sebuah jengkaut untuk diwakafkan bagi membela nasib pemilik tanah persendirian yang memerlukan bantuan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Tamim menegaskan bahawa pemilik tanah perlu berani untuk berdepan dengan penceroboh tanah terutama mereka yang membina rumah ibadat secara haram.

Katanya, tindakan berunding tanpa kata putus dan sikap berdolak-dalih hanya akan merugikan pemilik tanah.

“Mula-mula mereka (penceroboh) akan mohon masa untuk pengosongan, selepas itu mohon pampasan duit atau tapak baharu. Selain itu meminta kerja-kerja perobohan ditanggung oleh pemilik tanah.

“Sedangkan mereka yang menceroboh. Itu bukan hak mereka untuk membuat tuntutan seperti itu. Jika tidak ambil tindakan tegas, golongan seperti ini hanya akan lebih berani dan tidak akan berpindah,” ujarnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan tinggal di Malaysia kalau tidak terima bahasa Melayu

Next Post

Agong kecewa rasuah babitkan peringkat tertinggi ATM

Related Posts