Penduduk bantah pembinaan pangsapuri, gesa selesaikan isu banjir terdahulu

Penduduk Kampung Bukit Lanchung membantah projek pembinaan pangsapuri

PUTRA HEIGHTS, 23 SAFAR – Penduduk Kampung Bukit Lanchung hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pembinaan pangsapuri 24 tingkat yang bakal dibangunkan di kawasan perkampungan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Pangsapuri Kampung Bukit Lanchong, Mohd Soba Mohd Jauhari berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai faktor terutama melibatkan aspek keselamatan penduduk.

“Kami bukan menolak pembangunan secara membuta tuli, tetapi menolak pembangunan yang mengorbankan warisan kampun, menjejaskan identiti kampung tradisi dan mengabaikan suara penduduk.

“Kami menyeru pihak berkuasa, kerajaan negeri dan pihak PBT meneliti semula projek ini dengan penuh keadilan dan belas ihsan terhadap rakyat

“Kami tidak tolak kemajuan, tetapi kemajuan itu mesti menghormati penduduk dan tidak menggadaikan kampung tradisi,” katanya dalam sidang media di hadapan tapak pembinaan pangsapuri itu di sini.

Dalam pada itu, Soba menjelaskan, penduduk di situ turut kecewa apabila projek pembinaan ini didakwa telah mendapat kelulusan sedangkan masalah banjir masih tidak diselesaikan.

Katanya, pembinaan projek itu dibimbangi akan menjejaskan lagi keadaan penduduk selain mengancam keselamatan mereka.

“Kampung ini kalau hujan lebih 4 jam mesti banjir. Selesai dulu masalah kami. Buatlah longkang yang lebih baik.

“(Selain itu) rumah penduduk terletak tak sampai 100 meter dari pagar tapak projek pembinaan. Adakah pihak PBT boleh menjamin keselamatan penduduk di sini?” katanya lagi.

TV Pertiwi difahamkan, projek pangsapuri 24 tingkat di kampung warisan berusia lebih 60 tahun itu bakal dibina merangkumi dua blok terdiri daripada 750 unit. 

Perhimpunan aman ini adalah bantahan secara terbuka yang dibuat kali kedua yang mana bantahan pertama diadakan pada 24 Mei lepas.

Soba memaklumkan bahawa projek itu telah berhenti sementara waktu, namun ia proses pembinaan dikatakan disambung semula tanpa pengetahuan penduduk.

“Kami semua sebulat suara membantah pembinaan ini dan InsyAllah dengan persetujuan bersama penduduk, kami akan persembah memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam masa terdekat,” tambahnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polis jejak penghantar mesej ugutan kepada isteri Rafizi

Next Post

270 wartawan terbunuh sejak Israel serang Gaza

Related Posts