Walaupun marah, UMNO sebenarnya penyokong kuat DAP – Tun M

BANGI, 3 REJAB – UMNO hanya ‘sembang’ kosong’ apabila mahu memperhalusi kerjasama dalam kerajaan selepas Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin mengeluarkan kenyataan keterlaluan mengenai nasib Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri dua kali negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO tidak akan sesekali keluar dari kerajaan kerana sedar pemimpin mereka bakal berdepan tindakan mahkamah.

Menurutnya, meskipun marah terhadap DAP, UMNO sebenarnya adalah penyokong kuat parti itu.

 “UMNO punya reaksi seolah mereka marah kepada DAP tetapi mereka sedar kalau mereka tiada dalam kerajaan, pemimpin mereka akan dihadap tindakan mahkamah.

“Sebab itu walau marah kepada DAP, mereka sebenarnya adalah penyokong kuat DAP kerana apa, kerana kalau DAP tiada, kerajaan jatuh UMNO pun jatuh juga. Jadi toksah (tidak usah) cakap la (Datuk) Asyraf Wajdi (Dusuki).

“Cakap saja awak tak berani buat. Awak sudah dikongkong, dikuasai oleh DAP sebenarnya. Nak cakap boleh, nak buat tak berani, katanya menerusi hantaran video di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi sebagai Setiausaha Agung UMNO  dilaporkan berkata, sudah tiba masa UMNO memperhalusi kembali kerjasama dengan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ini selepas  Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong, memuat naik hantaran berbunyi: ‘Another reason to celebrate this year end’ (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk ‘No house arrest for Najib’ (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, membuat keputusan berkenaan setelah berpuas hati bahawa isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah disebut, dibincang mahupun diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Ia mengundang kecaman beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) terutama UMNO.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi mempersoalkan tindakan Bee Yin yang seolah-olah bergembira dengan penderitaan Najib.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, pula menggesa supaya UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan, dengan menjadi pembangkang bermaruah daripada dihina rakan sekutu.

 Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dr Ong Kian Ming saran ampun Najib, gugur kes Guan Eng, Muhyiddin

Related Posts