‘Bagi saya jadi Menteri Pendidikan, masalah selesai dalam 2 tahun’ – Cikgu Izzat

BANGI, 11 JAMADILAKHIR – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat yakin mampu menyelesaikan isu pendidikan negara dalam tempoh dua tahun sekiranya diberi peluang menerajui Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, luahan hasrat untuk menjadi Menteri Pendidikan itu selepas melihat situasi pendidikan negara yang semakin teruk dan tiada hala tuju. 

Luah beliau, portfolio KPM menjadi cacamarba selepas 2018 apabila jawatan itu diberi kepada individu yang tidak ada karisma dalam isu pendidikan meskipun mempunyai latar belakang bidang akademik.

“Saya bercita-cita nak jadi Menteri Pendidikan sebab sekarang isu pendidikan sudah teruk sangat.

“Menteri Pendidikan dilantik dalam kalangan orang politik. Kerana faktor itu sahaja bukan kerana nak jadi menteri sangat. Kalau dapat seorang Menteri Pendidikan yang bagus saya boleh tutuplah cita-cita saya.

“Saya harap Perdana Menteri pertimbang permohonan saya. Dapat dua tahun atau sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya pun jadilah. Itu sahaja masa saya perlukan untuk selesaikan isu pendidikan,” katanya kepada TV Pertiwi.

Berita di kolum pendidikan ini ditaja oleh Pusat Latihan Tahfiz Bersepadu (PLTB)

Mengulas lanjut, Cikgu Izzat menekankan bahawa KPM adalah antara portfolio paling penting dalam kerajaan kerana kementerian ini menjadi asas perancangan, pelaksanaan dan penilaian dasar pendidikan negera bagi memastikan kualiti serta arah pembangunan pendidikan Malaysia.

Katanya, peranan KPM sentiasa menjadi keutamaan apabila kementerian ini terus menerima peruntukan terbesar menerusi Belanjawan yang diumumkan Menteri Kewangan.

Selain itu, beliau menjelaskan tujuh daripada sembilan Perdana Menteri Malaysia  pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan, membuktikan bahawa portfolio tersebut hanya layak diterajui oleh individu yang berkaliber dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin negara.

Untuk rekod, Perdana Menteri yang pernah menjadi Menteri Pendidikan ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan pertama), Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PM terkini), Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Portfolio ini dah jadi cacamarba, tidak ikut seperti aturan dulu. Contohnya kita tengok semasa era pentadbiran Najib, dia kena jadi menteri lain dahulu, lepas tu pindah ke jawatan menteri lain, baru dilantik jadi Menteri Pendidikan.

“(Jawatan) Menteri Pendidikan ini ibarat klimaks, sama seperti Menteri Pertahanan. Dua jawatan ini akan hujung-hujung sebelum jadi Perdana Menteri.

“Ini cukup memberi gambaran bahawa nak pegang portfolio Menteri Pendidikan mesti melalui portfolio lain dulu,” katanya kepada TV Pertiwi.

Dalam pada itu,  Cikgu Izzat berkata, karakter Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek – seperti dua menteri sebelum ini – tidak mencerminkan gaya seorang pemimpin sebaliknya dilihat sebagai ‘pengikut’ arahan.

Beliau berkata, Fadhlina gagal memanfaatkan segala sumber dan kepakaran dalam KPM seperti menggunakan khidmat pengalaman Ketua Pengarah Pendidikan yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang ini.

“Bagi saya, baik Fadhlina letak jawatan dan dipindahkan ke portfolio lain seperti menteri hal ehwal undang-undang kerana itu latar belakang yang sesuai dengan beliau,” tambahnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Benjamin Netanyahu kembali  ke mahkamah, berusaha dapatkan pengampunan

Next Post

Kontrak Azam di SPRM: Azalina sifatkan soalan Rafizi spekulatif

Related Posts