Pembinaan karakter pelajar bermula di rumah – Cikgu Izzat

BANGI, 6 JAMADILAKHIR – Pembinaan karakter pelajar tidak akan berjaya dengan hanya menukar dasar atau menambah program baharu dalam mata pelajaran mahupun aktiviti di sekolah semata-mata.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Mohd Nor Izzat Johari berkata, ia memerlukan ruang pembentukan adab, nilai murni dan disiplin, hasil daripada keselarasan antara ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat, media dan dasar kerajaan.

Justeru, Nor Izzat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat menyarankan kerajaan supaya mempertimbangkan semula inisiatif memperkenalkan Program Pembentukan Karakter dalam kurikulum persekolahan tahun depan.

Beliau berpandangan, tambahan program itu sebenarnya tidak diperlukan memandangkan sekolah sudah mempunyai mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang sememangnya mempunyai elemen pembentukan karakter seorang pelajar.

“Kita sebagai umat Islam tahu bahawa Allah sudah pedoman yang lengkap dalam al-Quran. Jadi, guna sahajalah. 

“Jika Pendidikan Islam yang diajar di sekolah dikatakan tidak lengkap, maka kaji semula silibus itu. Kenal pasti apa yang ‘tak lengkap’ sebab Islam dah memang kita adab dalam pelbagai situasi.

“Ini termasuk adab menghormati orang tua dan guru, adab semasa makan, malah adab nak keluar masuk tandas pun ada.

“Bukan Pendidikan Islam yang tak lengkap, pengajaran itu yang tak betul,” katanya kepada TV Pertiwi.

Berita di kolum pendidikan ini ditaja oleh Pusat Latihan Tahfiz Bersepadu (PLTB)

KPM dalam kenyataan pada 17 Oktokber lepas menyatakan bahawa Program Pembentukan Karakter adalah salah satu inisiatif utama dalam Kurikulum Persekolahan 2027 yang bertujuan untuk membentuk individu bersahsiah unggul beradab dan bertanggungjawab.

KPM berkata, pada peringkat prasekolah, ia akan dilaksanakan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran.

“Manakala bagi peringkat sekolah rendah dan menengah pula, peruntukan masa khusus selama 60 minit seminggu akan disediakan dalam jadual waktu persekolahan untuk membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus,” demikian menurut kenyataan itu.

Inisiatif ini bagaimanapun menerima pelbagai kritikan daripada masyarakat yang meluahkan kebimbangan bahawa ini hanya akan menambah beban kepada guru dan pihak sekolah.

Mengulas lanjut, Cikgu Izzat turut menekankan bahawa peranan paling penting dalam pembentukan karakter seorang pelajar atau kanak-kanak sebenarnya bermula di rumah menerusi peranan ibu bapa.

Katanya, ini termasuk tingkah laku ibu bapa itu sendiri serta pengawalan akses hiburan yang berpotensi besar mempengaruhi faktor sosial kanak-kanak atau pelajar terbabit.

“Anak-anak perlu dibentuk dari rumah oleh ibu bapa. Hiburan tiada masalah tetapi perlu ada had dan pengawalan jenis hiburan.

“Saya pun galakkan bapa-bapa untuk bermain permainan video bersama anak-anak supaya dapat mengikuti perkembangan ‘trend’ semasa di samping mengawasi hiburan pilihan anak masing-masing,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SPRM akan panggil Shamsul Iskandar dan Albert Tei

Next Post

Wanita dalam video kes Albert Tei diminta hadir ke Pejabat SPRM