BANGI, 3 RABIULAKHIR – BERJASA menegur kerajaan kerana bersikap berat sebelah dalam menguruskan isu setinggan di Jinjang Selatan Tambahan berbanding penempatan sah di Kampung Sungai Baru, apabila tindakan terhadap penduduk di kedua-dua kawasan itu jelas berbeza.
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, pada peringkat awal, mahkamah melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah mengeluarkan arahan mengosongkan premis di Jinjang Selatan Tambahan.
Namun, katanya, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng kemudian memberi jaminan kepada penduduk di kawasan itu bahawa tiada tindakan meroboh rumah, kedai atau kilang, walaupun arahan mahkamah telah pun dikeluarkan.
“Keadaan ini menampakkan wujudnya dwistandard dalam menguruskan isu setinggan Jinjang Selatan Tambahan dengan Kampung Sungai Baru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hamdan menegaskan, penduduk Jinjang Selatan Tambahan tidak memiliki geran pemilikan, justeru arahan pengosongan boleh dikuatkuasakan tanpa perlu melalui proses pengambilan paksa.
“Ini berbeza dengan penduduk Kampung Sungai Baru yang mempunyai geran pajakan berbaki lebih 50 tahun, namun tetap diserah milik kepada pemaju melalui proses pengambilan paksa.
“Sungguh menyedihkan apabila penduduk Kampung Sungai Baru tidak mendapat budi bicara yang sewajarnya untuk mempertahankan hak mereka, manakala penduduk Jinjang Selatan Tambahan yang tinggal secara haram boleh dipertahankan oleh ahli politik, termasuk yang berbangsa Melayu,” tegasnya.
Beliau turut membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini sering menegaskan soal kepatuhan kepada undang-undang (rule of law), tetapi “menutup mata” dalam isu Jinjang Selatan Tambahan.
“Hal ini termasuklah ahli politik atau individu yang menyokong perobohan rumah di Kampung Sungai Baru atas alasan undang-undang, tetapi terus berdiam diri apabila timbul isu Jinjang Selatan Tambahan,” ujarnya.
Sehubungan itu, BERJASA menuntut penjelasan kerajaan berhubung kuasa yang digunakan oleh Lim Lip Eng sehingga mampu mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan mahkamah.
BERJASA menegur kerajaan kerana bersikap berat sebelah dalam menguruskan isu setinggan di Jinjang Selatan Tambahan berbanding penempatan sah di Kampung Sungai Baru, apabila tindakan terhadap penduduk di kedua-dua kawasan itu jelas berbeza.