RABU, 12 JANUARI – Dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dianggap sengaja diperbesarkan.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia, Jais Abdul Karim berkata, dakwaan tersebut sengaja dilemparkan bagi membunuh karektor Azam Baki dan memburukkan imej SPRM.
Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menyokong penuh Azam Baki dan SPRM bagi membawa pemuka rasuah membawa ke muka pengadilan secepat mungkin.
Jais Abdul Karim, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata :
“Isu yang membabitkan Tan Sri Azam baki ini bukanlah satu isu kes rasuah atau salah guna kuasa atau tidak termasuk dalam sebarang kesalahan jenayah dalam negara ianya sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dengan jelas pembelian saham bukanlah suatu perkara yang luar biasa atau baharu kepada penjaat awam atau rakyat malaysia secara keseluruhannya dan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM beliau pasti akan berdepan dengan ugutan dan ancaman dari pelbagai sudut berbagai teori konspirasi jelas kelihatan dalam kes ini bagai MCW rakyat Malaysia patut menyokong belaiu bagi membawa pemuka rasuah membawa kemuka pengadilan secepat mungkin itulah sebabnya kenapa ada usaha untuk membunuh karektor beliau.”
Tambah Jais, kontroversi yang melanda Azam berhubung pemilikan saham, selepas beliau mengaku adiknya Nasir Baki menggunakan akaun perdagangan miliknya untuk membeli lebih dua juta saham dan waran dua syarikat pada 2015 dan 2016 adalah bukan kesalahan dalam peraturan.
Jelasnya, tindakan itu adalah perkara normal yang berlaku dan siasatan oleh pihak Suruhajaya Securiti Malaysia (SC) mendapati tiada kesalahan dalam perkara ini.
“Kami difahamkan bahawa Tan Sri Azam Baki terlibat dalam jual beli saham atau mempunyai akaun sejak tahun 2009 dan kali terakhir beliau buat trading saham ini pada tahun 2016 dan dari segi peraturan tiada suatu kesalahan pun yang beliau lakukan apabila adik beliau membeli saham tersebut menggunakan akaun beliau jadi ini adalah satu perkara normal yang pihak suruhanjaya sekuriti pun siasat dia dapati tiada kesalahan pun dalam perkara ini jadi ini adalah perkara yang cuba dibesar-besarkan oleh orang yang berusaha membunuh karakter beliau sekarang ini.”
Sebelum ini menurut kenyataan SC, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa
SC mahu mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung pemilikan sahamnya dalam beberapa syarikat