Ridhuan Tee ingatkan Kelantan, pantau Gua Musang supaya tak jadi seperti Kuala Lumpur

BANGI, 2  RABIULAKHIR – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan kerajaan Kelantan supaya memantau pembangunan bandar baharu Gua Musang agar tidak mengulangi nasib Kuala Lumpur yang menurutnya sudah hilang identiti asal.

“Bandar baharu yang mula naik, seperti bandar Gua Musang mesti dipantau. 

“Saya sudah ingatkan kerajaan Kelantan. Jika tidak dipantau akan hancur seperti Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, bandar itu kini semakin hilang identiti apabila ‘golongan tertentu’ mula menduduki kawasan tersebut, memandangkan kedudukannya strategik kerana bersempadan dengan Terengganu, Pahang dan Perak.

“Taman perumahan harga mahal sudah dibina, dibeli ultra kiasu. Melayu tidak mampu untuk bangunkan. Mereka mula duduk dalam satu kelompok taman perumahan, tidak bercampur, jumlah seramai ramai,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kerajaan negeri agar tidak terlalu meraikan kepelbagaian sehingga mengabaikan identiti asal bandar.

“Jangan kerana mahukan diversiti, raikan kepelbagaian, berbilang kaum, akhirnya bandar hilang identiti.

“Jawi semakin tidak kelihatan. Islam memberikan keadilan kepada semua, termasuk bukan Islam, tetapi perlu berpada-pada. Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jangan sampai hilang maruah dan harga diri,” jelasnya.

Ridhuan Tee berkata, maksiat seperti dadah dan hiburan turut menjadi kebimbangan apabila Kelantan mencatatkan kadar tinggi, selain faktor bersempadan dengan Thailand.

“Maksiat seperti dadah, hiburan (zina), umpan ultra kiasu, sudah menjadi antara tertinggi di Kelantan (dadah). Saya tidak nafikan faktor bersempadan (Thailand) turut menyumbang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Kelantan mesti kekal dengan identiti dan meneruskan proses asimilasi terhadap bukan Melayu.

“Justeru, Kelantan mesti kekal dengan identiti dan asimilasinya. Dalam bahasa mudah, mengkelantankan atau memelayukan bukan Melayu (Cina). 

“Sama seperti Thailand, mensiamkan Melayu. Jika tidak, Kelantan juga akan hancur seperti Kuala Lumpur. Hidup 24 jam, jadi bandar maksiat pada waktu malam,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekolah Wawasan: Gagasan perpaduan yang gugur di gelanggang politik

Next Post

Pewartawaan perluasan bandar di Pulau Pinang berisiko hapuskan kampung tradisi?

Related Posts