ISNIN, 29 NOVEMBER – Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengisytiharkan strain baharu COVID-19 yang dinamakan sebagai Omicron sebagai varian sangat membimbangkan.
Bagaimanapun, menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Doktor Malina Osman :
“…kajian klinikal perlu dijalankan bagi mengesan secara lebih terperinci varian ini dan dalam masa sama langkah berjaga-jaga perlu diambil semua pihak.”
Prof Madya DR Malina Osman sebagai Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM berkata :
“…Kalau kita tengok dari ciri-cirinya didapati mutasi yang berlaku pada varian baru yang ditemui dikatakan sangat meluas susunan genetik itu didapati telah berubah tapi ia perlu dipastikan kesannya terhadap impak klinikal taburan dari segi epitimologi sekarang ni kita berdasarkan data-data ditunjukkan masih belum dipaparkan dengan jelas apa sebenarnya impak klinikal akibat varian tersebut…”
Tambah Doktor Malina, negara boleh mengelak daripada berlakunya gelombang ke-4 Covid-19 dengan mengambil langkah awal selain mengambil dos penggalak bagi individu yang mendapat temujanji.
“…Mereka yang layak untuk dapat dos penggalak atau booster perlu tampil ke depan menurut temujanji yang telah diberikan kalau kita dapat melaksanakan dua langkah tersebut insha Allah tidak akan berlaku gelombang sepertiman yang disebut-sebut saya minta semua di antara kita kenapa tidak kita ambil langkah masing-masing untuk mengelakkan perkara itu terjadi sebab saya ingat dalam tempoh beberapa hari ni kita akan mengakhiri bulan November maka masuk bulan disember kita mulakan dari sekarang ni maksudnya semua orang mengambil tanggung jawab untuk mengelakkan berlaku potensi gelombang tersebut…”