Israel serang Syria : Menantu ketua Hizbullah terbunuh

Oleh: Tyah Helmi 

 

BANGI, Khamis –  Menantu lelaki kepada Ketua H1zbullah, Sayyed Hassan Nasrallah iaitu Hassan Jafar Qasir disahkan syahid dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh rejim haram Isr4el di Damsyik,Syria  pada Rabu. 

 

Menurut laporan Jerusalem Post, Qasir mungkin dibunuh dalam siri serangan udara yang disasarkan di kawasan kejiranan Mezzeh,Damsyik. 

 

Berdasarkan Observatori Hak Asasi Manusia Syria, angka kematian meningkat kepada tiga orang yang melibatkan bukan warga Syria di sebuah bangunan tiga tingkat yang sering menjadi tempat kunjungan pemimpin H1zbullah dan Kor Pengawal Revolusi Ir4n. 

 

Tambahnya, kira-kira empat mangsa yang tidak dikenali pula disahkan mengalami kecederaan. 

 

DIfahamkan, Isr4el melancarkan serangan udara berkenaan hampir 500 meter daripada bangunan berkenaan namun ia menyebabkan kemalangan jiwa dan aset di kawasan berkenaan. 

 

Untuk rekod, menantu lelaki kepada H4ssan Nasrallah, Q4ssir mendapat julukan sebagai Qasir bersaudara kerana banyak terlibat dalam operasi kumpulan pejuang H1zbullah semenjak perang Lubnan pada tahun 1982 lagi. 

 

Pada 11 November 1982, Qasir dengan beraninya memandu keretanya ke pangkalan tentera haram Isr4el di Tyre, L8bnan sehingga berjaya meletupkan bahan letupan milik rejim Isr4el. 

 

Sumber: The Jerusalem Post, Syrian Observatory for Human Rights.

 

#Syria #Lubnan #Iran #Hassan #Qasir

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Operasi cari Sabari tamat, isteri reda 

Next Post

Kerajaan perlu lebih kreatif, cari jalan beri pendidikan murah, percuma buat rakyat

Related Posts