Ramadan bukan sekadar Ramadani tetapi Ramadan tarbawi 

BANGI, 27 RAMADAN – Tatkala tetamu yang dinantikan, Ramadan al-Mubarak, melabuhkan tirainya meninggalkan kita, mudah-mudahan segala ibadah yang dilaksanakan diterima Allah SWT, dianugerahkan ganjaran pahala, serta diampunkan segala dosa yang lalu. 

Semoga madrasah Ramadan yang telah kita lalui berjaya mendidik jiwa, menyucikan hati dan seterusnya membentuk peribadi yang bertakwa sebagaimana yang diharapkan.

Moga tarbiyah Ramadan ini tidak terhenti dengan berlalunya bulan yang mulia, bahkan terus mengalir dalam kehidupan seharian kita, menghidupkan hati-hati untuk lebih dekat kepada Allah SWT, meningkatkan ketaatan kepada-Nya, serta menyuburkan kepekaan terhadap permasalahan ummah.

Dalam kita meraikan kemenangan ini, jangan kita alpa terhadap penderitaan saudara seIslam di pelbagai belahan dunia, khususnya tragedi genosida di Gaza, ketegangan di Iran, serta percaturan kuasa Barat Zionis yang terus mencorak landskap dunia Islam seolah-olah negara-negara lemah hanya sekadar bidak di papan catur.

Sesungguhnya, Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi juga medan muhasabah, sejauh mana Ramadan telah mengubah kita menjadi hamba yang lebih tunduk dan peduli terhadap nasib ummah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Minal ‘Aidin wal Faizin.

Dr Norzila Baharin, Ahli Lembaga Pengarah TV Pertiwi

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Akaun Facebook Zamri Vinoth disekat lagi

Next Post

I-Medik kecewa Jabatan Mufti WP terima kunjungan syarikat tembakau, Philip Morris

Related Posts