Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, April 8 — Minister of Investment, Trade, and Industry, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, delivers the closing speech at the ASEAN Investment Conference 2025, held in conjunction with the 12th ASEAN Finance Ministers and Central Bank Governors Meeting (AFMGM) at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) today. — fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED

BANGI, 14 RAMADAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa, hari ini.

Katanya, pelantikan Tengku Zafrul dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu.

Tengku Zafrul sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari Mac 2020 hingga November 2022.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri bermula Disember 2022 sehingga Disember 2025, sebelum meneruskan peranan sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu kuil haram: ‘Pertahankan hak kepada yang berhak’ – Ridhuan Tee

Related Posts