Nurul Izzah ikut lawatan rasmi PM atas jemputan penganjur – Fahmi

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Kehadiran Nurul Izzah Anwar menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri baru-baru ini adalah kerana beliau dijemput oleh pihak penganjur, kata Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil.

 

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, anak Perdana Menteri itu dijemput atas kapasiti Pengerusi Social & Economic Research Initiative (SERI), iaitu sebuah badan pemikir.

 

Katanya, jemputan itu dipanjangkan oleh pengajur selepas isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak mengikuti rombongan tersebut.

 

“Saya telah mendapat pengesahan daripada Ketua Setiausaha Akhbar Perdana Menteri bahawa Nurul Izzah dan juga Datuk (Prof Dr) Mohd Faiz yang merupakan Pengerusi ISIS, kedua-dua mereka dijemput oleh penganjur

 

“Puan Nurul Izzah telah dijemput antara lain kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah juga tidak mengikuti rombongan ini, jadi beliau dijemput sebagai ‘Think Tank’ yang bernama SERI,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini 

 

Sebelum ini Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kos perjalanan Nurul Izzah yang dilihat turut berada dalam acara-acara Perdana Menteri ketika lawatan rasmi di luar negara baru-baru ini. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hilman gesa SPRM siasat syarikat swasta taja lawatan rasmi Perdana Menteri

Next Post

Senior mengaku tak bersalah buli, pijak perut penuntut UPNM sampai patah tulang rusuk

Related Posts