Jahil bukan lesen untuk hina Islam

BANGI, 14 RAMADAN – Kejahilan tidak memberi hak sesiapa untuk menghina agama Islam, walaupun kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum.

Pengarah Komunikasi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Mohd Eqwan Mohd Roslan, berkata penghinaan terhadap al-Quran bukan semata-mata kerana kejahilan.

“Tidak semua penghina Islam menghina Islam disebabkan kejahilan. Ada yang menghina Islam atas dasar kebencian. Walau sekalipun atas dasar kejahilan, tetapi bukan lesen untuk menghina.

“Dalam suasana kehidupan berbilang kaum, kita tidak perlu untuk memahami amalan agama lain dengan mendalam, tetapi hanya perlu pandai untuk tutup mulut daripada campur tangan urusan agama lain,” tegasnya.

Beliau menegaskan, kes terbaru melibatkan al-Quran dipijak adalah perbuatan disengajakan.

“Sebabnya, penghina Islam tersebut perlu mendapatkan al-Quran, membuka al-Quran tersebut, memijaknya, mengambil gambar, membuka aplikasi, memuat naik gambar, menulis kapsyen dan menaikkan hantaran menghina Islam tersebut,” katanya.

Menurut Dr Mohd Eqwan, hukuman terhadap penghina al-Quran adalah tindakan berhikmah dan perlu bagi memastikan kestabilan masyarakat.

“Oleh sebab itu, tindakan yang paling utama adalah menghukum penghina al-Quran tersebut. 

“Menghukum bukan tindakan terburu-buru, tetapi adalah asasi untuk memastikan kestabilan masyarakat, terutamanya dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai pegangan agama,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU had jawatan PM: ‘Pembangkang berkecuali selepas cadangan balas tak diendah’

Next Post

Daripada jaga kuil haram, baik jaga kebajikan pesakit dalam hospital – Cikgu Chandra

Related Posts