Daripada jaga kuil haram, baik jaga kebajikan pesakit dalam hospital – Cikgu Chandra

BANGI, 14 RAMADAN – Daripada nak bela kuil haram, lebih baik pemimpin jaga kebajikan pesakit dalam Hospital Bukit Mertajam, kata aktivis masyarakat, Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra.

Cikgu Chandra berkata, sekiranya Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim serius ingin menjaga keharmonian dan menegakkan keadilan, maka wakil rakyat DAP itu seharusnya berani memberi kata putus untuk pindahkan kuil yang terletak di hadapan hospital itu.

“Kamu semua tahu undang-undang kan? Depan hospital, depan sekolah tak boleh bunyikan hon apatah lagi memasang lagu dengan kuat.

“Kalau kamu betul-betul ‘gentleman’, beri kata putus, pindahkan kuil tersebut.

“Ini bina kuil di tepi jalan berhampiran koridor dekat dengan laluan pintu masuk ambulans yang mana jalan itu memang sempit,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Cikgu Chandra berkata demikian bagi membidas kenyataan yang dibuat Steven Sim di Facebook semalam.

Menurut kenyataan itu, Steven yang juga menyifatkan himpunan di Hospital Bukit Mertajam yang bakal berlangsung pada Sabtu depan disifatkan sebagai provokasi dan beliau meminta polis untuk memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Kenyataan Steven telah mengundang kecaman ramai kerana dilihat tidak faham dengan isu pencerobohan yang diutarakan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) sebelum mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman dan agama.

Dalam pada itu, Cikgu Chandra turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak menegakkan benang yang basah apabila cuba mempertahankan rumah anutan yang dibina secara haram.

“Berani kerana benar. Steven Sim, harap-harap kamu beri kata putus. Pindahkan kuil itu,” katanya lagi.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jahil bukan lesen untuk hina Islam

Next Post

Serangan Israel-AS ke atas Iran agenda kuasai Asia Barat

Related Posts