Jangan guna istilah ‘harmoni’ untuk kebal undang-undang – Firdaus Wong

BANGI, 24 SYAABAN – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak menggunakan alasan harmoni dan sensitiviti sebagai alasan untuk ‘kebal’ daripada undang-undang.

Menerusi hantaran di Facebook, Firdaus Wong berkata undang-undang diwujudkan bagi menangani isu sensitif dan ia mesti dikuatkuasakan.

“Pasukan Petugas Hindu pernah menyesali pencerobohan tanah? Bukan tanah kamu, jangan bina sesuka hati tak kiralah masjid ke, surau ke, tokong ke, gereja mahupun kuil.

“Wujudnya undang-undang adalah untuk menangani isu sensitif dan undang-undang mestilah dikuatkuasakan. 

“Jangan menggunakan alasan harmoni dan sensitiviti untuk tidak mendakwa mereka yang melanggar undang-undang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pasukan Petugas Kuil Hindu (HTTF) yang menyifatkan perbuatan pencerobohan sebagai tindakan melampau yang menggugat ketenteraman awam.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan aktivis Tamim Dahri merobohkan sebuah kuil di Taman Rawang Perdana awal pagi semalam.

Turut diadakan semalam ialah sidang media bertajuk Amanat GARAH dan Cadangan Penyelesaian Kemelut Rumah Anutan Haram di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Firdaus Wong turut menjelaskan bahawa antara tuntutan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dalam sidang media berkenaan ialah supaya kesemua penceroboh tanah didakwa di mahkamah atas kesalahan menceroboh.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kluster tibi aktif: Orang ramai digesa tingkat pencegahan menjelang perayaan

Next Post

Tiada perjanjian muktamad dengan Netanyahu, rundingan dengan Iran diteruskan – Trump

Related Posts