BANGI, 24 SYAABAN – Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka bersama isterinya kini direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah yang melibatkan projek penambakan laut di Melaka.
Perintah reman sehingga 16 Februari dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Siasatan mendapati pasangan itu disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM3 juta sebagai balasan bagi memastikan sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek berkenaan.
Menurut laporan media, mereka ditahan semalam pada jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.
Hasil siasatan awal turut menunjukkan wang suapan tersebut dipercayai digunakan untuk membeli sebuah unit kondominium di Lembah Klang.
Pasangan berkenaan tiba di pekarangan Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.10 pagi menaiki kenderaan SPRM, dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009.Sertai Saluran
Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi