Isa Samad ke penjara bermula hari ini 

BANGI, 22 SYAABAN – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, dipenjara enam tahun bermula Selasa serta didenda RM15.45 juta selepas didapati bersalah atas sembilan kesalahan rasuah melibatkan suapan berjumlah RM3.09 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.

Keputusan muktamad itu diputuskan secara sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas membenarkan rayuan akhir pihak pendakwaan, lapor MalaysiaGazette.

Susulan keputusan itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkenaan diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta bermula hari ini selepas mahkamah mengeluarkan perintah komital terhadapnya.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Nordin Hassan mengembalikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021, selain mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024 yang membebaskan tertuduh.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-21 (SP21), Muhammad Zahid Md Arip, yang ketika itu merupakan pegawai khas politik kepada tertuduh, adalah kredibel dan boleh dipercayai.

Pendakwaan sebelum ini merayu agar keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan, termasuk hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta, serta hukuman penjara tambahan selama 18 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wakil rakyat Palestin terus dipenjara, Hamas kecam layanan kejam Israel

Next Post

Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor

Related Posts