JUMAAT, 7 JANUARI – Hanya 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menerusi laman CovidNow, setakat 11.59 malam Khamis seramai 22, 876 ribu 224 individu atau 97. 7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.
Setakat Khamis juga, 98.9 peratus atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, kementerian kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,628 orang, daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal CovidDNow, empat daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).