RIIDEX himpun idea kreatif pelajar tempatan, antarabangsa 

BANGI, 25 REJAB – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah menganjurkan Rembau International Innovation and Design Exhibition (RIIDEX) sebagai pentas inovasi antarabangsa yang menghimpunkan idea kreatif pelajar dari pelbagai negara.

Penganjuran RIIDEX ini diadakan dengan kerjasama strategik Universitas Nahdlatul Ulama Sidoarjo (UNUSIDA), Indonesia, Army Institute of Business Administration, Sylhet (Army-IBA), Bangladesh, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Unit Keusahawanan Pelajar (MASMED), SIG B.E.A.M.S., Unit Kepimpinan Pelajar, Kelab Generation Entrepreneur, Kelab Diploma Business Society serta Kelab Diploma in Banking (D’Bankers).

Program ini memberi ruang kepada pelajar tempatan dan antarabangsa untuk mempersembahkan idea inovatif dalam tiga bidang utama, iaitu Sosial dan Komuniti, Industri dan Pertanian serta Teknologi dan Pendigitalan. 

RIIDEX turut mencerminkan komitmen institusi pendidikan tinggi dalam membudayakan pemikiran kreatif dan kritikal selaras dengan keperluan semasa.

Penyertaan antarabangsa menjadi antara elemen penting kejayaan penganjuran RIIDEX. 

Sementara itu, peserta dari Army-IBA, Kazi Shabira, menyifatkan program ini sebagai peluang bermakna kepada pelajar luar negara.

“Program ini memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa yang jarang perolehi.” 

“Program begini bukan sahaja meluaskan perspektif pelajar, malah meningkatkan kefahaman terhadap cabaran global yang memerlukan penyelesaian inovatif,” katanya. 

Peserta dari UNUSIDA, Pingkia Angelica Taufani, berkata RIIDEX berjaya memperkenalkan idea inovasi pelajar antarabangsa kepada khalayak yang lebih luas.

“Program inovasi ini secara tidak langsung berjaya memperkenalkan idea inovasi pelajar dari luar negara yang menarik dan kreatif,” ujarnya.

Beliau turut berpandangan bahawa penganjuran RIIDEX mampu menggalakkan kolaborasi merentas negara serta memperkukuh hubungan pendidikan serantau.

Selain menjadi medan pameran inovasi, RIIDEX berfungsi sebagai platform pembelajaran berasaskan pengalaman kepada pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang terlibat sebagai penganjur. 

Ketua Projek RIIDEX, Khalis Aiman Hussein, berkata penglibatan dalam pengurusan program secara dalam talian dan fizikal memberi pendedahan sebenar kepada realiti pengendalian acara.

“Pengalaman menjadi jawatankuasa menguruskan pertandingan inovasi secara online dan fizikal ini memberi pendedahan dan pengalaman untuk kami praktikkan apa yang kami pelajari dari subjek Creative & Critical Thinking (MGT315) dengan cara menganjurkan program sebegini,” katanya. 

Secara keseluruhan, penganjuran RIIDEX membuktikan keupayaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau bersama rakan strategik dalam menganjurkan program inovasi bertaraf antarabangsa yang memberi manfaat kepada pelajar serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan masyarakat.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gugurkan kewarganegaraan wartawan FMT jika terbukti khianat

Next Post

“Gua ada maruah, lu ada maruah atau tidak” – Dr Akmal bidas DAP

Related Posts