Kerja perobohan kuil haram ditangguhkan

BANGI, 17 REJAB – Kerja perobohan kuil haram di Jalan Selangor Dredging berhampiran Taman Topaz di Dengkil yang dijadual berlangsung pada Jumaat ini ditangguhkan, kata aktivis tanah, Tamim Dahri.

Beliau berkata, keputusan itu dimaklumkan peguam mewakili pemilik tanah selepas berbincang dengan pihak pengendali kuil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang semalam.

Menurut Tamim, hasil daripada perbincangan itu, pemilik tanah, Suhaili Ahmad menangguhkan kerja-kerja perobohan dan memberi masa sehingga 5 Februari depan untuk pihak kuil mengosongkan tanah tersebut.

“Tujuan perbincangan tersebut diadakan adalah bagi mengelakkan daripada perkara ini digembar-gemburkan dengan lebih besar dan bagi mengelak tercetusnya sebarang isu perkauman.

“Atas nasihat daripada Pendakwa Raya, Bukit Aman dan Ketua Polis Daerah, pihak-pihak telah berbincang secara damai bagi memberi tempoh masa kepada pengendali kuil untuk mengosongkan tanah dan memindahkan kuil,” demikian menurut mesej daripada peguam Suhaili yang dikongsikan Tamim.

Menurut mesej itu juga, pihak kuil dimaklumkan telah meminta tempoh masa enam bulan untuk pengosongan tanah, namun keputusan akhir diputuskan ialah sehingga 5 Februari depan.

Dalam pada itu, peguam itu turut memaklumkan bahawa tindakan sivil bagi tuntutan ganti rugi dan pampasan serta tindakan jenayah di mahkamah tetap akan diteruskan terhadap pengendali kuil tersebut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sebagai maklum balas, Tamim yang juga pengasas tanahmalaya.com umum menarik diri daripada menjadi pemudah cara bagi pihak tuan tanah.

Namun, Tamim menegaskan usaha mengesan dan mendedahkan lokasi rumah ibadat haram akan terus dijalankan.

“Apa-apa pun, ada banyak lagi kes yang lebih kurang sama. OTW (akan usaha) untuk mohon lesen jentolak,” kata TamimSertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS akan menang lebih banyak kerusi PRU-16, ambil daripada UMNO dan Bersatu – Isham Jalil

Next Post

Shahidan nasihat Akmal tabah hadapi ujian

Related Posts