BANGI, 9 REJAB – Abu Ubaidah atau nama sebenarnya Huzaifah Samir Abdullah Mahmoud Yasin al Kahlout dikenali sebagai sosok yang muncul dari lorong sempit Kem Pelarian Jabalia dan akhirnya menjadi antara wajah paling dikenali dalam kisah perjuangan Gaza hari ini.
Dilahirkan pada 11 Februari 1984 di Arab Saudi dalam keluarga pelarian, hidupnya sejak awal sudah dididik dibentuk dengan kesusahan dan keteguhan dalam mempertahankan identiti PaIestin.
Di Jabalia, beliau membesar bersama luka bangsanya sendiri, dan dari situ juga beliau belajar bahawa kata-kata dan sikap boleh menjadi senjata sekuat peluru.
Ramai mungkin tidak tahu latar pendidikannya. Abu Ubaidah memiliki ijazah sarjana dalam bidang aqidah dari Universiti Islam Gazā.
Ilmu inilah yang membentuk cara beliau bercakap dengan tenang, tersusun dan penuh prinsip.
Setiap kali tampil di hadapan kamera, tidak pernah tutur katanya sekadar omong kosong, sebaliknya padat dengan mesej, nilai dan keyakinan.
Itulah yang menyebabkan ucapannya meresap ke dalam hati pendengar dan tular lebih-lebih lagi pada operasi Taufan AI-Aqsa.
Sekitar tahun 2002 hingga 2003, beliau mula muncul dalam barisan Briged AI-Qāssam. Pada 2 Oktober 2004, beliau mengadakan sidang media pertamanya di utara Gazā.
Setahun kemudian, pada 2005, beliau diperkenalkan secara rasmi sebagai jurucakap Briged AI-Qassam.
Sejak itu, sosok bertopeng ini mula ditunggu-tunggu, bukan sahaja oleh penyokong, malah oleh pihak lawan.
Antara detik paling diingati ialah pada Jun 2006, apabila beliau mengumumkan penawanan askar IsraeI, GiIad ShaIit.
Pengumuman itu memberi kesan besar dan menunjukkan betapa pentingnya peranan media dalam peperangan moden.
Abu Ubaidah memahami bahawa perang bukan sekadar di medan tempur, tetapi juga di medan naratif.
Mungkin sebab itu rumahnya menjadi sasaran serangan udara berulang kali antara 2008 hingga 2014 dan sekali lagi dimusnahkan pada 2023.
Namanya semakin dikenali semasa serangan besar ke atas Gazā pada 2014. Namun kemunculan yang paling memberi kesan berlaku pada 7 Oktober 2023, apabila beliau tampil bertopeng selepas Operasi Taufan AI-Aqsa.
Selama kira-kira 20 tahun, identitinya kekal dirahsiakan. Dunia hanya mengenali suara dan bayangnya.
Suara inilah yang kekal dalam ingatan jutaan manusia sehingga menjadi simbol keteguhan dan menjadi cabaran buat lsrael.
Di sebalik imej awam itu, kehidupan peribadinya penuh dengan pengorbanan.
Abu Ubaidah kehilangan isteri dan tiga orang anak dalam peperangan.
Kehilangan ini jarang diceritakan secara terbuka, namun jelas terasa dalam nada ucapannya yang tegas dan serius.
Penderitaan peribadi itu tidak melemahkannya, malah menjadikan lebih memahami denyut nadi rakyat Gāza.
Sebagai Ketua Media Ketenteraan Briged AI-Qāssam, Abu Ubaidah dikenali sebagai seorang yang berkarisma, berwibawa dan fasih bertutur.
Beliau tidak mengejar populariti atau kemasyhuran, sebaliknya lebih mementingkan mesej dan prinsip ketika menyampaikan satu-satu kenyataan.
Kemunculan terakhirnya direkodkan pada 18 Julai 2025. Tidak lama selepas itu, pada 30 Ogos 2025, beliau terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gāza.
Semalam, 29 Disember 2025 telah terjawab sudah segala persoalan tentang statunya dimana Briged AI-Qāssam mengumumkan secara rasmi tentang kesyahidannya serta petlantikn jurucakap AI-Qāssam yang baru.
Ahmad Muntaha Zainal Bahrin
Penyelidik Dunia PaIestin
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi