Gelaran ‘Dr’ tidak beri hak jadi pengamal perubatan – MPM

BANGI, 3 REJAB – Majlis Perubatan Malaysia (MPM) menegaskan bahawa walaupun graduan perubatan boleh menggunakan gelaran akademik `Dr’, penggunaan gelaran itu tidak memberi hak kepada individu tersebut menjadi pengamal perubatan di negara ini.

Menurut MPM, kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perubatan 1971 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya.

“Bagi graduan perubatan yang memperoleh kelayakan dari program perubatan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, pertimbangan bagi tujuan pendaftaran untuk menjalankan amalan perubatan adalah tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang berkenaan.

“Ini termasuk lulus peperiksaan yang ditetapkan serta menjalani latihan siswazah di hospital latihan siswazah yang diiktiraf di Malaysia,” kata MPM dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Kenyataan MPM dibuat bagi memberikan penjelasan mengenai isu berkaitan penggunaan gelaran `Dr’ oleh individu yang menamatkan pengajian perubatan, tetapi tidak berdaftar sebagai pengamal perubatan dengan MPM.

Menurut MPM, `Dr’ bukan eksklusif kepada pengamal perubatan kerana gelaran ini turut digunakan oleh doktor pergigian, doktor veterinar serta pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang akademik.

“Sebagai prinsip umum, semua individu yang ingin mengamal perubatan di Malaysia hendaklah berdaftar dengan MPM dan memegang sijil Perakuan Amalan Tahunan (PAT) yang sah sebelum menjalankan sebarang bentuk amalan perubatan,” kata MPM.

Sehubungan itu, orang awam digalakkan untuk membuat semakan status pendaftaran mana-mana pengamal perubatan melalui Medical Register Information and Technical System (MeRITS) di https://merits.mmc.gov.my/ manakala sebarang keraguan atau aduan berkaitan kemungkinan penyamaran atau salah guna gelaran boleh disalurkan kepada [email protected]

Ahad lalu, Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Nurul Islam Yusoff menggesa Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Taufiq Johari menjelaskan penggunaan gelaran `Dr’ di hadapan namanya walaupun beliau adalah graduan universiti tidak diiktiraf.

Nurul Islam dipetik media tempatan membuat gesaan itu selepas mendapati Taufiq tidak berdaftar dengan MPM dan memperoleh ijazah perubatan dari Universitas Islam Bandung yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.

Beliau turut mendesak Taufiq menjelaskan dakwaan menteri berkenaan pernah berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik di Sungai Petani, Kedah.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel beri isyarat pendudukan jangka panjang di Gaza

Next Post

JAKIM panggi lelaki Islam sertai ‘Interfaith Water Ceremony’

Related Posts