RABU, 19 JANUARI – Golongan antivaksin cuba mendapatkan sijil pemalsuan vaksin tanpa disuntik.
Peningkatan kes penipuan membabitkan sijil vaksin termasuk yang dikeluarkan tanpa suntikan di premis perubatan swasta dipercayai berpunca daripada kumpulan antivaksin yang semakin terdesak.
Segelintir pihak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan apabila keadaan terjadi kerana kecelaruan maklumat berkaitan vaksin.
DR Suhazeli Abdullah, Aktivis Perubatan Negara berkata :
“Mereka terlalu percaya kononnya vaksin itu mengandungi mudarat yang besar sedangkan kajian di seluruh dunia dan dalam negara kita sendiri bahawa vaksin itu selamat serta berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19. Manfaat pemberian vaksin terlalu tinggi berbanding sedikit risiko yang mungkin dihadapi,”.
Menurut, Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) berkata, kejujuran setiap pengamal perubatan bertauliah amat penting bagi meningkatkan lagi pemberian vaksin dalam negara.
Walau bagaimanapun, Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (IMEDIK), Prof Dr Azizi Ayob, berkata, pihak berwajib disyorkan untuk melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat berdasarkan peruntukan sedia ada.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata semua suspek termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan minggu lalu dalam serbuan di klinik berkenaan.
Manakala angka harian positif COVID-19 pada 18 Januari merekodkan peningkatan kes kepada 3,245 kes baru berbanding semalam, sejumlah 2 ribu kes. Setakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif berjumlah 2,813,934 kes kumulatif. Untuk kemaskini data harian dan pecahan kes negeri akan dimuat naik di laman portal COVIDNOW selepas tengah malam.