Kesatuan Melayu: Antara petani dan kaki judi

BERCAKAP soal kesatuan Melayu, Sang Pekaka bercakap dalam konteks penyelesaian jangka masa panjang umpama seorang petani, bukan seorang kaki judi.

Apa beza petani dan kaki judi?

Petani tanam benih hari ini, letak baja, jaga anak pokok. Tuai hasil selepas beberapa tempoh. Tenang. Fikir panjang. Kerja jalan.

Kaki judi pula berjudi hari ini, nak hasil hari ini. Kalau kalah, terus murung dan pening kepala nak cari duit mana untuk ulang berjudi. Begitulah nasib kaki judi.

Apabila bersembang hal kesatuan Melayu, ramai cenderung ambil pendekatan kaki judi, iaitu nak hasil segera, iaitu pada pilihan raya umum terdekat, kira-kira dua tahun lagi.

Nanti apabila keputusan pilihan raya keluar, drama berlaku dan boleh jadi tidak berpihak kepada Melayu. Selepas itu, kita bersembang lagi hal penyatuan Melayu untuk pilihan raya umum seterusnya lima tahun lagi. Kemudian, ulang lagi perkara sama beberapa PRU.

Inilah rupa kita selama ini. Ini realiti. Macam kaki judi.

Sang Pekaka nak ubah pemikiran kita jadi seperti petani. Fikir panjang. Buat benda betul. Hasil tak nampak dua tahun, lima tahun. Ya hasil memang makan tahun.

Bagi orang Islam, Allah sebenarnya tak tanya pun apa hasil usaha kita. Allah tanya apa usaha kita. Hasil kita serah kepada Allah.

Kalau orang tanya, Sang Pekaka ni pandai sangat cakap itu ini, apa saya buat? Bukannya masuk politik pun!

Ya, Sang Pekaka bukan orang politik. Buat apa Sang Pekaka nak masuk politik.

Sang Pekaka orang media. Tak salah pun Sang Pekaka seru kesatuan Melayu sebagai orang media. Sang Pekaka dah nampak trend orang Melayu apabila bincang hal kesatuan Melayu. Macam kaki judi.

Nanti habis pilihan raya, sembang lagi. Lepas tu, sembang lagi. Nak cepat sangat dapat hasil segera.

Ini sudut pandang Sang Pekaka. Boleh ditolak. Boleh diterima.

Apa yang pasti, Sang Pekaka tetap akan seru kepada kesatuan Melayu tapi dalam konteks nafas panjang. Macam petani. Tenang. Tapi kita buat kerja betul walaupun susah. Walaupun tak nampak hasil sekarang.

Usaha Sang Pekaka bersama pasukan TV Pertiwi ialah membangunkan kandungan berita dan isu semasa yang mengajak ke arah pembangunan minda Melayu Islam.

Apabila orang Melayu dapat kandungan betul, mereka akan berfikir dengan betul dan akan bertindak dengan tindakan betul.

Inilah peranan media.

Sebagaimana pemikiran anak muda kita rosak disebabkan kandungan tanpa tapisan di media dan media sosial, begitulah juga pemikiran kita perlu dibersihkan dan ditanam dengan perkara betul melalui media dan media sosial.

TV Pertiwi adalah sebuah media kecil. Tapi misi kami besar. Kami nak bernafas panjang. Kami ajak anda yang ada kesedaran sama untuk bantu TV Pertiwi dalam perjuangan ini.

Sang Pekaka pun aktif buat video dan menulis di media sosial, adalah dengan tujuan ini. Bukan untuk PRU16 atau PRU17 semata-mata. Ia lebih luas lagi daripada itu. Lebih jauh.

Mungkin perjalanan kami belum sempurna. Tapi kami tetap bergerak.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada fasa kedua gencatan senjata Gaza jika Israel terus langgar perjanjian

Next Post

DAP serlah lagak ‘abang besar’ PH

Related Posts