Umat Islam dinasihat lebih cakna sebelum beli produk label halal

BANGI, 13 JAMADILAWAL – Umat Islam di negara ini dinasihat lebih berhati-hati dan cakna sebelum membeli sesuatu produk meskipun terdapat label halal.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata terdapat produk kononnya Muslim Friendly tetapi tidak mengikut panduan seperti ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dari sudut undang-undang Malaysia ia melanggar Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana hanya JAKIM dan majlis atau jabatan agama Islam negeri yang berhak mengeluarkan pengesahan halal.

“Proses mengiktiraf halal bukan hanya dilihat dari segi bahan sahaja tetapi proses dan penyediaan juga mestilah tiada unsur syubhah,” katanya kepada Tv Pertiwi.

Beliau turut berpesan umat Islam supaya tidak bersikap ‘asal ada logo halal’ sudah memadai.

“Pastikan hanya label halal dari JAKIM dan jabatan agama Islam negeri sahaja yang boleh diyakini,” katanya.

Semalam, JAKIM menerusi satu kenyataan di laman Facebook menegaskan bahawa istilah ‘Muslim Choice’ yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukannya satu perakuan atau penandaan halal diiktiraf pihak berkuasa.

Menurut Ketua Pengarah Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, istilah yang digunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) itu boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penguna mengenai status halal sesuatu produk atau premis makanan.

Untuk info, pengiktirafan ‘Muslim Choice’ ini diberikan kepada para pengusaha yang didakwa menepati syarat dan piawaian ditetapkan oleh pertubuhan tersebut.

Ia bertujuan meyakinkan orang ramai bahawa produk atau premis yang diiktiraf adalah berkualiti, bersih dan selamat serta selari dengan prinsip Islam.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gelombang trauma psikologi di Gaza selepas gencatan senjata

Next Post

‘Gunalah bahasa Melayu, patutnya bangga dengan bahasa kebangsaan’

Related Posts