‘Eloklah diboikot jenis menteri macam ini’ – GPS

Menteri KPKT, Nga Kor Ming.

BANGI, 12 JAMADILAWAL – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menyifatkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, mengadakan majlis makan malam bersama media selepas memohon maaf atas insiden ugutan terhadap wartawan, sebagai cubaan mencuci imej yang telah tercalar.

Menurut GPS, penganjuran majlis tersebut kelihatan seperti usaha untuk meraih kembali sokongan media selepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

“Eloklah diboikot jenis menteri macam ni. Jenis yang puji diri sendiri konon perjuangkan kebebasan media bersuara tapi akhirnya tindakan spontan ugut wartawan Utusan Malaysia sudah londehkan wajah sebenar Nga Kor Ming. Selamba ugut wartawan.

“Nampak sangat Kor Ming cuba kawal naratif yang tak memihak kepada dia. Kesian laman rasmi Facebook DAP kena buat hantaran konon Nga Kor Ming ‘kawan baik’ dengan media,” kata GPS dalam kenyataan di Facebook.

GPS menegaskan, tindakan menteri itu jelas bercanggah dengan prinsip kebebasan media yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan pimpinan beliau sendiri.

Terdahulu, Nga Kor Ming dikecam selepas tular video beliau berang dengan soalan wartawan Utusan Malaysia berhubung penggunaan bahasa Inggeris dalam tema projek pencahayaan bandar ‘I Lite U’.

Kor Ming dilaporkan berkata, “Awak dari media mana? Saya akan hubungi editor awak,” yang dianggap sebagai ugutan terhadap kebebasan media.

Susulan kecaman pelbagai pihak termasuk NGO dan pengamal media, beliau kemudiannya memohon maaf atas tindakannya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Anugerah Kecemerlangan Media (AKeMedia) 2025 pada 17 November ini.

Menurut KPKT, majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada rakan-rakan media atas peranan penting mereka dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat, sahih dan berkesan kepada rakyat melalui pelbagai saluran.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JAKIM tak iktiraf perakuan halal ‘Muslim Choice’

Next Post

Pihak berkuasa atau rakyat marhaen tak martabatkan bahasa Melayu?

Related Posts