Kenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara

(Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar)
(Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar / sumber : satuberita)

KHAMIS, 2 DISEMBER – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesan kenaikan harga sayuran sehingga 100 peratus pada minggu ke-5 November.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, antara sayuran yang dikesan mengalami kenaikan adalah kacang buncis, kailan, sawi dan terung bulat. Bagaimanapun kenaikan tersebut dijangka bersifat sementara .

Jelasnya, kenaikan dipengaruhi beberapa faktor antaranya faktor iklim, masalah banjir di Cameron Highlands, dan peningkatan kos bahan pertanian.

Berdasarkan julatnya,  ada beberapa kenaikan sehingga paling tinggi 100 peratus, ini minggu ke minggu mungkin harga akan berubah, bergantung kepada bekalan.

Mohd Ridzuan berkata, bagaimanapun, terdapat juga harga sayuran mengalami penurunan harga antaranya adalah tomato (43 peratus), brokoli (27.7 peratus) dan limau kasturi (31.5 peratus).

Mohd Ridzuan berkata demikian pada sidang media selepas melakukan walkabout di Pasar Awam Bayan Baru dan Pasaraya Sunshine, di Pulau Pinang Hari ini.

Dalam pada itu, KPDNHEP Pulau Pinang juga kata Mohd Ridzuan sudah melakukan libat urus bersama Kementerian Pertanian bagi mengenalpasti punca sebenar kenaikan harga sayuran di negeri ini.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Menu bermula 6 November sehingga 31 Disember depan bagi menangani isu manipulasi harga oleh pengusaha restoran dan kedai makan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Teguran Perdana Menteri Terhadap Kenaikan Harga Barangan

Next Post

Kerajaan Bazir Ratusan Juta Ringgit Untuk Sekolah Vernakular

Related Posts