Perjanjian Malaysia-AS ancaman terhadap kedaulatan negara

BANGI, 8 JAMADILAWAL – 

Perjanjian Perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dilihat sebagai ancaman nyata terhadap kedaulatan, kebebasan ekonomi dan maruah negara.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris menegaskan, kerajaan wajar menangguhkan atau menyemak semula pelaksanaan perjanjian ini dengan segera.

“Kerajaan perlu memastikan perbahasan terbuka di Parlimen sebelum membuat sebarang komitmen jangka panjang. 

“Malaysia tidak boleh sekali-kali menjual kedaulatannya demi janji ekonomi sementara,” katanya.

Menurut Irwan, kandungan perjanjian menunjukkan Malaysia telah memberikan terlalu banyak konsesi kepada AS dalam sektor penting seperti peraturan, tarif, perdagangan digital, sumber strategik dan dasar negara.

“Perkara ini menimbulkan risiko besar terhadap kedaulatan, kebebasan ekonomi dan daya tahan nasional. 

“Kami juga membantah syarat yang mewajibkan Malaysia membeli barangan dan perkhidmatan AS bernilai berbilion dolar, termasuk pesawat Boeing, gas asli cecair (LNG), semikonduktor dan peralatan pertahanan.

“Perjanjian ini mewujudkan hubungan ekonomi berat sebelah yang hanya menguntungkan AS, sambil membebankan pembayar cukai Malaysia dan menyekat peluang pertumbuhan industri tempatan,” katanya.

Irwan turut menekankan, perjanjian itu memaksa Malaysia mengiktiraf piawaian dan pensijilan AS daripada agensi seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Jabatan Pertanian AS (USDA) dan Piawaian Keselamatan Kenderaan Bermotor Persekutuan (FMVSS).

“Tindakan ini secara langsung melemahkan kuasa undang-undang tempatan, menundukkan dasar negara kepada sistem asing dan mengurangkan kemampuan Malaysia menegakkan piawaian keselamatan, kesihatan dan industri sendiri,” katanya. 

PERKASA menegaskan, ini adalah bentuk penjajahan ekonomi moden yang diselindungi di bawah nama kerjasama perdagangan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenapa nak melenting, kami tak persoalkan pegawai kerajaan – Hamzah Zainuddin

Next Post

Israel bergelut tangani wabak campak, lapan bayi maut setakat ini

Related Posts