‘Melayu akan merempat jika orang lain jadi tuan’

BANGI, 30 RABIULAKHIR – Negara berisiko mengalami nasib sama seperti Palestin jika tiada tindakan segera diambil untuk memelihara hak orang Melayu, kata Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata, orang Melayu berisiko menjadi “hamba dan merempat” manakala bangsa lain mengambil alih peranan sebagai tuan jika trend ekonomi negara terus dikuasai bukan Melayu.

“Saya bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bahawa jika tiada tindakan diambil, negara ini akan mengalami nasib sama seperti Palestin.

“Dahulu, orang Yahudi pendatang berniaga di Palestin, lama-kelamaan mereka membeli tanah dan mula mengawal ekonomi. Bermula sebagai pendatang, kini menjadi saudagar kaya raya.

“Orang Palestin pula hanya menumpang tuah mereka,” kata Aminuddin dalam kenyataan di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary, supaya orang Melayu belajar dari sejarah Palestin agar tidak mengulangi kesilapan serupa.

Bagaimanapun, kenyataan Marzuk itu dikritik Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan yang menyifatkan tindakan itu “melampau dan tidak boleh diterima”.

Menurut Syahredzan, hantaran Facebook Marzuk bertajuk “Belajar dari Sejarah Palestin: Jangan Kita Ulangi Kesilapan yang Sama” secara salah menggambarkan rakyat bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai ancaman kepada kepentingan Melayu-Islam.

Aminuddin menegaskan, Malaysia kini menunjukkan trend serupa apabila semakin banyak tanah menjadi milik bukan Melayu.

“Di negara sendiri, tak banyak tanah milik Melayu. Pulau Pinang, sekitar Kuala Lumpur dan kawasan lain telah hilang dari genggaman Melayu.

“Ekonomi pun sama – jarang nampak rumah kedai milik Melayu, semua dimiliki bangsa lain,” katanya.

Aminuddin berkata, jika trend ini berterusan, orang Melayu juga berisiko kehilangan tanah dan penguasaan ekonomi seperti Palestin.

“Perlu difahami, istilah ‘seperti Palestin’ bukan bermakna peperangan atau penyiksaan, tetapi kehilangan tanah dan kuasa ekonomi. Kritikan perlu difahami dalam konteks sebenar perbincangan,” tegas beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak tahan kerenah pelajar, guru pilih bersara awal

Next Post

Masalah sosial remaja takkan selesai jika ibu bapa ‘lepas tangan’ 

Related Posts